Wednesday, 3 April 2013

BAB 3 Fahaman Pemikiran dan Etika

Sekularisme

Definisi bagi Sekularisme adalah berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang membawa maksud masa dan tempat. Menurut J. A. Amurray & H. Bradley (1994), maksud sekular yang merujuk kepada masa adalah masa sewaktu kita menjalani kehidupan dan tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata.



Negara Sekular

  • Merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. 
  • Ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah yang digariskan seperti berikut: "Secularisme is a belief in strict separation of church and state as by probihiting religious teaching in public school." 
  • Oleh itu negara Sekular pada dasarnya merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara.

Sejarah Kemunculan Sekularisme

  • Kelahiran Sekularisme berlaku semasa pemberontakan dan penentangan nasionalisme pada kurun ke-17 Masihi seiring dengan perkembangan industri di benua Eropah. 
  • Ideologi Sekularisme muncul hasil daripada perbalahan hebat antara barisan pemimpin pro kerajaan dengan para paderi gereja. 
  • Akhirnya perbalahan lahir usul baru yang membakar semangat rakyat supaya memisahkan antara urusan agama dengan dunia. 
  • Usaha memisahkan antara urusan agama dan pentadbiran negara telah lahir selogan yang berbunyi "Berikan hak Ceacer kepadanya dan berikan hak Tuhan kepada Tuhan".

Kemunculan Teori Charles Darwin

  • Teori ini juga menjadi pemangkin kuat ke arah memartabatkan Sekularisme di puncak tertinggi. 
  • Dalam Teori Evolusi beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi bentuk makhluk hidup yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan. 
  • Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul menjadi ada dengan sendirinya secara spontan sebagai akibat peristiwa kebetulan. 


Prinsip-prinsip Sekularisme
  • Meningkatkan penguasaan kebendaaan dalam kalangan umat manusia
  • Hanya perjuangan kebendaaan sahaja yang memberi jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat
  • Membuka ruang dan peluang yang luas kepada pengikut agama berpegang kepada prinsip moralnya
  • Prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai matlamat sendiri
Ciri-ciri Sekularisme

  • Penafian hal-hal kerohanian
  • Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama
  • Menafikan adanya nilai hidup yang tetap
  • Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah
  • Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral
  • Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak negara perlu dibezakan agar tidak sepadu antara politik dan agama
  • Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek
  • Baranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci
  • Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan penganut agama bukan Islam yang boleh menjadikan ancaman besar kepada sesebuah persatuan
  • Menganggap bahawa syariat Islam sangat terkebelakang, primitif dan ketinggalan zaman. Oleh itu ajaran Islam perlu diambil melalui prinsip pragmatisme utilitarianisme
  • Menyebarkan faham-faham yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri
Kaedah Penyebaran Sekularisme

Sekularisme disebarkan melalui:

  • Pendidikan
  • Media massa
  • Undang-undang
Liberalisme

  • Fahaman ini merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di Itali iaitu pada zaman kebangkitan yang berlaku di Eropah. 
  • Fahaman Liberalisme moden berakar umbi dari zaman kesedaran barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. 
  • Liberalisme yang menolak tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diperolehi dari Tuhan, status berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. 
  • Fahaman ini juga mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimun dalam ekonomi, politik, dan sosil atau kebebasan moral. 
  • Liberalisme dari sudut agama bermula daripda gerakan seorang tokoh yang bernama Martin Luther (1483-1546). Gerakan in membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad ke-16 Masihi.
  • Protestan tidak mengakui kezaliman, kependetaan, kepaderian, dan pembesar-pembesar agama dibolehkan berkahwin.
  • Liberalisme dari sudut potitik adalah dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat.
  • Liberal politik menekankan perjanjian sosial di mana rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut.
  • Liberalisme dalam ekonomi pula memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.


Modenisme

  • Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
  • Juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol.
  • Menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
  • Bermula semenjak era Renaisance abad ke-16 masihi dan pencerahan pada abad ke-18 masihi.
Humanisme
  • Humanisme adalah satu corak pemikiran yang berasaskan kepada individualisme dan bersifat sekularistik.
  • Humanisme juga boleh difahami bahawa ia menganggap manusia adalah pusat segalanya dan manusia adalah Tuhan Yang Maha Agong dan Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini.
  • Tujuan utamanya adalah untuk memartabatkan manusia sebagai individu yang mampu mengatasi masalah mereka hadapi di dunia ini melalui penggunaan kekuatan pemikiran mereka sendiri.


Sifat Fahaman Humanisme

Fahaman humanisme mempunyai sifat-sifat tertentu seperti:

  • Pencampuran bebas
  • Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
  • Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
  • Gerakan pembebasan wanita
  • Kaunseling berkelompok
  • Pendidikan seks


E

No comments:

Post a Comment